Please help me by click here, thanks

Sunday, December 16, 2012

Percaya pada diri

Semuanya berbalik kepada kepercayaan kita (Islam) dan percaya pada diri. Be confident as well. Kadang kadang kerana percaya pada diri,diri telah membawa kita ke puncak dan mungkin akan gagal tetapi berbalik kepada kepercayaan dan percaya kepada diri.

Percaya pada diri menjadi aspek penting untuk kita bertindak. Pada aku,aku  percaya pada segala elemen yang positif. Jadi diri sendiri, jangan ikut rentak orang/dunia. Ikut rentak kita yang mana mampu. Untuk mendapatkan itu kita harus menerapkan segala nilai murni pada diri. Jangan kerana dunia kita terikut rentaknya sehingga kita mengikut rentak yang salah. Ukur baju pada badan sendiri. Low profile itu bagus.
Percaya pada diri/hati telah membawa aku ke satu tempat iaitu tingkatan enam. Buka mata anda tentang dimensi baru tingkatan enam. Begitu juga dengan diploma,asasi,matrik etc. Cari ying dan yang. Semua tahap bagus,terpulang pada kita nak ambil mana satu. Aku,aku telah mengambil langkah besar dengan meletakkan kaki aku di tingkatn enam. Aku google tentang tingkatan enam dan diploma (kerana aku turut mendapat tawaran diploma) dan keputusan aku untuk mengambil tingkatan enam. Aku sudah ada perancangan. Cuma perlu bertungkus lumus untuk 1 tahun 6 bulan. 6bulan sudah berlalu,tinggal lagi 1 tahun. Memang tingkatan enam sukar,sukar tetapi bagus kerana tingkatan 6 membuat pelajar berfikir di luar kotak hitam. Menjadi seorang yang yakin dan percaya pada diri. Kesukaran tingkatan enam telah menaikkan tahap pada diri pelajar dan menajamkan ilmu yang ada,kami berfikir secara kritis.

Jujur,aku tidak menyesal mengambil tingkatan enam tetapi aku akan menyesal jika aku tidak mendapat tempat di universiti kelak untuk meneruskan ijazah.

Aku rasa banyak kali aku cakap yang aku dapat tawaran diploma,dekat belog aku pun aku nyatakan. Take note,aku bukan riak untuk kata aku dapat tawaran diploma tapi aku nak nyatakan yang aku lebih memilih STPM daripada diploma setelah aku menilai segala dan percaya pada diri. Adik adik yang ingin menyambung pelajaran,aku bukan nak suruh hangpa amik tingkatan enam. Tidak. Aku cuma nak bagi point atau contoh yang hangpa semua kena percaya pada diri tapi percaya itu jangan la secara membabi buta. Percaya setelah kita kaji dengan sebaiknya dan restu mak ayah. Oh ya,sesiapa yang berhasrat nak amik STPM,ni nasihat setelah menjadi lower six,jangan masuk tingkatan enam tanpa rela,jangkan ikut kawan sebab dugaan STPM berat. Dugaan STPM dapat kita tempuh dengan kata sebab aku nak STPM,bukan kerana kawan atau apa apa,sebab aku dah tahu dan nak ambil segala kebaikannya.

2 comments:

  1. chaiyok2!hehe its not easier actually berada di form 6 actually.saya pernah masuk tingkatan 6 ,3 minggu macam tu then mmg da rezeki uitm tawarkan saya diploma.masa dapat rasa form 6 ni sgt susah masa tu scary jugakla.sesiapa yang amik form 6 ni saya memang respect la. sy tak pernah rasa they are below than diploma but they are much greater than diploma.good luck :) welcome to blogging my dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bella :) diploma bagus gak. terpulang pada diri kita nak yang mana satu. back tu basic,percaya pada diri. be positve :) dah follow Bella dah, follow la balik kiteeee hihi :D

      Delete