Peace be upon you! :)
Alhamdullilah. Permulaan 2013 agak kasar tapi dengan segala berkat,kita kena tempuh dengan tabah :) Ada nyawa yang terkorban,ada yang dilanda musibah,ada yang menerima rahmat/hidayah/rezeki. Semuanya datang dengan niat yang baik,kita harus pandai menilainya,menghadapinya,berdoa pada Nya.
Bagi aku,aku agak sibuk dengan kehidupan di dunia realiti. Bermula dengan hari sekolah dibuka,diri aku agak penat menjalaninya. Tambahan pula,perlu menggunakan akal untuk melakukan kerja kerja yang mampu membantu aku melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Aku masih lagi tidak mendapat rentak untuk berasa selesa. Aku masih berasa agak gemuruh,pastinya salah satu kerana keputusan STPM penggal 1 akan diumumkan dalam masa terdekat. Lagi,harus menyiapkan kerja kursus. Lagi menanti aku,peperiksaan penggal 2 yang akan diadakan pada bulan 5 dan MUET yang akan diadakan pada bulan 7. Hari ini,waktu ini aku berasa agak tenang kerana aku seperti sudah ingin mendapatkan rentak pembelajaran aku. Esok, hari Isnin tiada lagi main main. Semua tentang fokus tetapi dalam masa yang sama,pandai seimbang kan dengan perkara lain. Mata,tolong jangan mengantok dalam kelas ya?
Tolong doakan aku ( Nur Khaleda Binti Zanal Puait ) agar dapat menyudahkan tahun 2013 ini dengan baik dan tidak lupa untuk mendoakan saudara kita yang sedang berada dalam kesusahan dan berada di alam lain. AMIN :)
No comments:
Post a Comment