Please help me by click here, thanks

Wednesday, January 16, 2013

Petang

Petang itu sifatnya tenang,bagi aku. Mungkin kerana faktor cuacanya yang selalu mendung. Memberi laluan untuk anak anak kecil bermain barangkali. Peluang untuk menikmati petang agak sukar untuk aku lepaskan. Entah kenapa petang seakan memberi ketenangan kepada aku, seperti turunnya hujan. Mujur, di kampung ini anak anak kecil masih seperti dahulu. Masih bermain mak mak. Tetapi sayang, aci nyorok, lubang tikus, galah panjang dll sudah tidak menjadi aktiviti petang mereka. Namun, masih beruntung kerana sekurang - kurangnya mereka masih keluar bermain dan bukan duduk di dalam rumah bermain game or online.

No comments:

Post a Comment