Assalamualaikum :)
Dah masuk bulan 2 ye. Lama rasanya tak update belog, takda rasa nak update. Tetapi aku disini baik baik aje, cantik cantik aje. Semua lelah harus ditempuh dan semua nikmat hendaklah disyukur. Pastinya, aku ini seperti manusia lain. Ada jatuh ada bangunnya, ada lemah ada kuatnya. Aku sepertinya sibuk dengan kehidupan di dunia realiti. Sibuk sebagai seorang pelajar yang sentiasa terkejar kejar tarikh untuk menghantar kerja sekolah dan dahaga akan ilmu. Semoga sahaja aku ini terus kuat untuk menghabiskan pembelajaran ku. Oh aku juga telah memulakan kerja separuh masaku sebagai jurulatih bola jaring. Syukur Alhamdullilah rezeki yang diberi Allah, semoga aku dapat melunaskannya dengan sebaik mungkin. Tahu tak, cikgu Ekonomi aku dah cuti bersalin dan kemungkinan besar takda cikgu nak ganti selama 3bulan. Pheww. Kena betul betul tabah ni, kena betul betul cekal. Bulan 5 peperiksaan penggal 2. Hantar kerja kursus bulan 4 rasanya. Ini mencabar. Aku rasa cara belajar aku dan berubah sebab dak dak sekeliling aku pandai/bagus, so aku kena berlari sama kuat dengan mereka. Namun, dengan segala perkara yang gundah gulana ini aku semahunya mahu terus menongkat langit untuk melakukan yang terbaik. Doakan ye. Kita semua memang ada pelbagai rasa terhadap apa yang mendatang. Pesan aku kepada kalian dan aku juga, belasah saja yakin boleh(jangan plak langgar syariat Islam). Segala yang mendatang, tadah tangan, syukur, senyum kerana semua ini akan memberi pelangi. Sekarang, aku lega yang teramat lega sebab kerja sekolah dah siap. Hahahaha. Tunggu la esok apalagi mahu ditempuh. Chill :)
P/s : Iye, bahasa aku macam lain sikit kan. Pengaruh Fynn Jamal, A Samad Said dll. Hiihihi. Tapi, kadang kala memang ini aku. Bukan pengaruh, ok ada sikit (aku tau hangpa tak faham aku ni, aku mmg pelik dan rumit) Takpala takyah fikir, dah lewat ni nak tido esok sekolah (apa laa aku tulis ni, ok bye) Oh ya, ni aku tinggalkan gambar aku bersama kata kata yg dicipta Fynn Jamal. Assalamualaikum, selamat maju jaya dunia :)

No comments:
Post a Comment