Alhamdullilah.
Hari ini dapat ajar pasukan bola jaring SMK Simpang Pulai. Segala yang aku rangkakan Alhmdullilah dapat aku ajarkan. Aku rasa nak taip ini sebab berdasarkan apa yang aku perhatikan ketika mengajar mereka. Jujur, aku seorang yang sangat suka bola jaring dan aku dah main lebih atau kurang 6 tahun. Bagi aku, perkara asas untuk berjaya ialah kesungguhan. Budak budak ini tak banyak yang aku nampak mempunyai kesungguhan. Mereka sukakan bola jaring tapi tak terlampau mendalam. Kalau nak berjaya, tak boleh jemu. Kena teruja supaya kita dapat mantapkan diri. Dan, paling penting dengar arahan dan fokus. Aku dahulu serius atas padang sampai sekarang. Tu pasal budak budak bola jaring ada yang takut dengan aku. Tambahan pula suara aku yang nyaring ini. Aku tak berniat nak garang cuma bagi aku, aku hanya menyampaikan ilmu itu dengan serius dan fokus. Muka aku pun riak serius, tu pasal depa ingat aku garang kot. Kot.
Oh ya, dalam banyak bebudak tadi aku rasa aku ada jumpa seorang budak yang bila aku tengok dia, aku nampak diri aku dalam dia ketika aku masih belajar bermain. Dia tak macam budak lain yang gelak sana sini (nak gelak boleh tapi sebagai atlet,kita harus serius), banyak cakap dan etc. Bila aku menjelaskan tentang diri aku yang agak tegas ketika atas padang, dia faham. Gaya dia bermain juga ada bagusnya. Dan kepujian harus diberi kepada semua bebudak yang aku ajar. Aku tidak mengharapkan setingginya kepada mereka kerana aku juga tahu kemampuan mereka. Untuk aku menjadi siapa aku sekarang, aku banyak berlatih. Kunci aku, berlatih dengan serius, konsisten, dengar arahan dan fokus. Kesungguhan aku sudah termaktub.
Aku gembira dapat mengajar mereka. Sekurang kurangnya, ilmu yang aku perolehi tidak disimpan sahaja dan kasihan juga kepada mereka kerana aku nampaknya garang pada pandangan mereka. Mungkin aku perlu kurangkan sedikit. Sebenarnya, aku menjadi serius/tegas juga kerana aku merasakan itu cara untuk mereka fokus dan serius. Bayangkan, cakap selalu tak dengar tapi bila aku dah buat muka garang baru mereka dengar cakap. Efektif, tak? Hehehe.
Apa apa pun, aku gembira dapat mengajar mereka. Semoga segala yang diajarkan oleh aku dapat mereka praktikkan, amin :)
No comments:
Post a Comment