Kehidupan.
Seperti yang kita tahu, semua orang punya masalah. Mat Luthfi ke, Kate Middleton ke, Fazura ke. Semua,semua ada masalah.
Bagi aku, dalam kehidupan ini kita ada banyak benda. Contoh, benda A, B, C, etc. Setiap benda A-D kita ada masalah tersendiri. Contoh lagi, benda A mewakili diri, benda B mewakili sekolah, dan benda C mewakili kawan kawan. Setiap benda ini pasti kita ada masalah masing masing. Dan semakin meningkat dewasa kita sudah pandai menyelesaikan masalah kita yang pelbagai. Umum mengetahui masalah itu ibarat perlu kerana masalah boleh mengajar kita, masalah buat kita tahu siapa kita. Jadi, jangan serabut tentang masalah. Kita tak boleh lari daripada masalah, ok?
Okay, aku berpendapat begini. Masalah itu pergi dan datang. Masalah takkan biarkan kita hidup tanpanya. Jika masalah benda A selesai, masalah benda B ada lagi. Bila selesai masalah B, masalah C datang dan bila masalah C selesai, masalah A datang balik. Masalah Allah beri kerana mahu menduga kita. Masalah kita tidak akan pernah selesai, sentiasa akan datang. Kita tahu masalah akan selalu ada,kan? Jadi,setiap daripada kita perlu tahu cara untuk menanganinya. Jadi orang yang berfikir secara positif, bersama Allah. Tenangkan diri. Dalam dunia sekarang, masalah merata rata. Terpulang kepada kita untuk mengambilnya dengan cara yang bagaimana. Tentunya, sambut dengan penuh positif dan rasa syukur kerana selain masalah, lihat sekeliling kita. Alhamdullilah dan wow, kita hidup dengan baik. Muka cantik (semua orang cantik tau termasuk awak yang membaca ini :) Keluarga kita pun best,kan? Kalau ada yang rasa tidak cukup lagi, tengok, sekurang kurangnya kita masih bernyawa/bernafas. Itu nikmat. Jadi,bersyukur. Lambakkan diri anda dengan syukur dan segala nikmat yang ada dan sambut masalah dengan tangan terbuka dan bersedia untuk menghadapinya, lagi kuat masalah lagi kuat hikmah :)
Wallahualam.
Tulus,
NK.
wow entry yang sangat bagus.. thanks..
ReplyDeleteHehe. Thanks Sara :)
ReplyDelete