Please help me by click here, thanks

Friday, March 15, 2013

Ayat Fynn Jamal

aku tak pernah nampak ustaz azhar idrus pergi page sofea jane dan sekolahkan dia tentang agama islam di khalayak ramai.

aku juga tak pernah nampak ustaz kazim pergi page nora danish dan bahasakan dia tentang iman dan taqwa di tengah wall am.

aku memang tak pernah nampak ustaz don pergi page abby abadi dan tazkirah dia berbutir2 di hadapan mata dunia.

tak pernah.

janganlah berselindung di sebalik suci dan mulianya agama,
kalau pada yang paling dasar--
ada terpalit sedikit ujub dan dusta.

bahasa yang disalut madu paling manis pun,
kalau salah tempatnya--
boleh menjadi racun paling berbisa.

sedangkan mereka yang selayaknya pun beradab dalam da'wahnya,
apa lagi kita.

:)

kalau sungguh banyak yang hendak disampaikan pada dunia--
cukuplah di rumah kita.
tak baik pergi ke rumah orang--
ditunjuk2 dan dikata2.

kalau benar perlu--
sembunyi2.
tertutup dari mata telinga dunia.

tak perlu jadi ustaz azhar idrus, ustaz kazim atau ustaz don--
mana2 manusia pun tau--
tak baik pergi berbuat begitu.

tak baik.
itu sahaja.

No comments:

Post a Comment