Please help me by click here, thanks

Monday, March 4, 2013

Kata Nur Khaleda

Sejujurnya, aku ingin menyampaikan sesuatu kepada rakan rakan seperjuangku. Entah mengapa aku masih kelu. Aku ibaratnya amat terkesan dengan kejadian di Lahat Datu. Aku mahu sekali menjadi anak muda yang mengenang jasa, yang turut bersedih, dan tidak seperti ada setengah kelompok yang lebih gemar berkata dengan tiada apa nilai. Jika dahulu, aku hanya belajar tentang perang. Kini, gentarku sudah merasainya. Aku ingin menjadi anak muda yang tidak lalai, yang tahu hormat. Bukan yang bersuka ria.

Aku, tiada kata dapat aku tuturkan. Aku tidak mampu menzahirkan sedihku.

Pesanku kepada sahabat, aku berharap kita tidak berpecah. Bersatu kerana Islam dan Malaysia. Tolak tepi hal lain. Jangan anggap enteng hal ini semua. Ini masanya untuk generasi kita menjadi apa yang dikatakan generasi pemimpin yang seterusnya. Jangan kita kucar kacir. Demi Islam,bersama kita.

Semoga keamanan dapat kembali di medan perang. Semoga yang sudah pergi aman di sana dan semoga kita anak muda, anak bangsa mengekalkan keamanan. Sesungguhnya, keamanan itu diperoleh dengan segala nilai murni. Praktikkan. Jangan tuding jari pada sesiapa, lihat diri kita dulu.

Yang mahu negaranya berpegang kepada Islam dan yang mahu keamanan,
Nur Khaleda.

No comments:

Post a Comment