Assalamualaikum :)
Betapa aku tiada rezeki untuk bertentang mata dengan Fynn Jamal, lagi.
Kali pertama dan terakhir kira kira 5 tahun yang lalu rasanya.
Ketika itu, aku masih keanak anakan. Seingat aku, ketika itu juga aku masih tidak mengenali penyajak ini.
Entah bagaimana, figura yang bertandang ini telah berjaya mempengaruhi aku dengan puisinya. Kata kata puisinya sangat menyulam jiwa ini. Habis semua video sajak sajak beliau aku layan.
Entah mengapa, sajak sajak beliau seperti kena dengan aku. Mudah untuk aku fahamnya. Mungkin ada kimia. Bahasa yang diguna pakai indah belaka. Dan, internet menjadi medium untuk aku menjadi peminat beliau. Dengan apa adanya dia. Daripada beliau berada di zaman bujang hingga zaman menjadi emak aku mengikutinya.
Baru baru ini, Fynn telah pulang ke Malaysia dan beliau bertandang sekali lagi ke Ipoh. Tetapi, kali ini di ruang seni Khizanat. Apakan daya, rezeki untuk bertentang mata tiada.
*redha
Seterusnya.
Aku telah ke ruang seni itu beberapa bulan lepas, kot. Untuk pertama kalinya dan terlalu rambang mataku akan pelbagai buku yang ada rasa aku dan tentunya buku Puisi Tepi Jalan aku pegang/tatap. Mahu beli ini tetapi tidak jadi kerana abang sulungku kata nanti beliau akan beri. Setelah beberapa bintang melepasi malam, aku tertanya tanya juga dimana Puisi Tepi Jalan.
Sebentar tadi, abang aku menyerahkan peti besi Fynn Jamal. Dan aku senyum berbunga bunga dan aku terus buka halaman pertama kerana aku dapat agak bahawa akan ada pesanan untuk aku. Pesanan/kata kata yang akan buat aku tersenyum hingga ke telinga seperti pemberian buku RANAP(karya Fynn Jamal juga) terhadap aku. Mungkin kata orang apalaaa ini pun beriya nak tunjuk. Iye, memang aku beriya kerana kalau kome gila kan Running Man. Beliau seperti Running Man untuk aku. Beliau tidak buat aku ketawa beriya tetapi cukup dengan kata katanya yang bikin aku gemar.
P/s : Terima kasih kerana gembirakan adik. Pemberian ini akan dikenang/dihargai selagi hayat dikandung badan. Betapa keikhlasan ini membuat diri ini bernyawa.
P/s : Dipanggil adik kerana aku anak bongsu dalam keluarga dan paling comel. Wiwiwiwiwi.

No comments:
Post a Comment