Please help me by click here, thanks

Friday, July 4, 2014

Cerita Ramadanku (Hari Ke 6)

Assalamualaikum 


Aku ingin berkongsi cerita Ramadanku. Terdetik mahu kongsi.


Aku ke Bazar Ramadan. Lalu lalang aku dari mula ke hujung melihat/membeli juadah.

Laluan pertamku, aku terperasan akan seorang penjual ini. Beliau menjual Soto dan Bubur Lambuk dan sudah kebiasaan, penjual-penjual akan menarik perhatian  pembeli untuk singgah ke gerai mereka.

Aku terdengar gerai Pak Cik Soto ni, beliau menarik perhatian pelanggan dengan memanggil kami sebagai Tuan dan Puan. Satu gelaran yang formal dan dihormati.


Aku tak singgah pun. Jadi, terus aku berjalan ke hujung bazar dan berpatah balik.

Lalu lagi sekali dekat gerai Soto ini & lagi sekali Pak Cik itu memanggil kami dengan panggilan yang ramah itu.

Kali ini, Mak aku singgah ke gerai itu. Mak aku memang cepat kasihan.


Jadi, Pak Cik itu amat bersopan santun. Sempat memberi aku nasihat. Nasihatnya: tentang ibu (berguna nasihatnya tetapi biasala aku malas taip hahaha)

Selesai membeli, aku membayarnya dan beliau berkata: Semoga anda mendapat jodoh yang baik. Dan aku membalas: Terima kasih, Semoga perniagaan Pak Cik terus maju.



Moral: Aku tersentuh kerana ketika manusia, kita sibuk membeli belah ada juga yang mengingatkan kita tentang perkara positif dan nilai yang ada: Menghormati dan bersopan santun.

Semoga Allah memberkati Ibuku, Ayahku, Keluargaku, Pak Cik itu, Aku, Kalian Saudara Islam ku.


Salam Ramadan,
NK.


No comments:

Post a Comment