Assalamualaikum :)
Aku taktau nak mula daripada mana. Banyak benda aku nak cerita..........
Okay, pertama.
Aku kini berada di suatu tempat, takdirku. Tempat yang menenangkan, suasananya indah. Seperti yang aku impikan. Jauh daripada kesibukan kota. Seperti Ipoh yang tenang. Pemandangan alam yang buat aku suka, buat aku makin jatuh cinta disini.
Aku tak percaya ini gaya perjalananku. Aku tak percaya apa yang aku alami dan bakal alami sekarang.
Aku kini berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ya, aku diterima belajar di sini untuk keputusan rayuan UPU yang lepas. Kos aku? Panjang, nak nyebut pun jenuh. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan). Aku kat sini 8 semester, 4 tahun. Kos aku ni open market, keutamaan diberi untuk menjadi seorang pendidik. Namun, tidak dijamin dan aku boleh bekerja di bukan sektor pendidikan juga. Sesuatu yang aku amik positif sebab skop pekerjaan kita luas.
Bagi aku, ini perubahan fasa hidup aku, yang agak ketara, yang aku tak sangka. 20 tahun aku hidup bersama keluarga aku, aku sangat rapat dengan kedua ibu bapaku memandangkan aku anak bongsu dan seorang perempuan. Semua orang tahu betapa inginnya aku menjadi seorang guru. Minggu pertama aku disini, semua perasaan yakin/positif aku hilang. Aku tersangat homesick, tak lalu makan, asyik sedih je. Kesian Mama Abah dan org sekeliling aku sebab aku mengada ngada homesick teruk tau. Yela, aku tengok kat sini semua berkeyakinan tinggi. Macam pandai-pandai je. Rasa takut untuk memulakan pelajaran disini, takut takdapat bawa, takut buat assignment. Mcm2 rasa la ada, semua negatif. Time tu stress sangat. Rasa nak balik umah, duk umah diam diam dan hidup dalam comfort zone aku.
Setelah menerima pelbagai motivasi, homesick aku semakin hilang. Alhamdullilah, aku semakin baik disini. Allah mengurniakan perasaan tenang, damai, positif kepada aku kembali seperti perasaan apabila berada di rumah. Jadi, keyakinan aku pun semakin meningkat dan semakin ceria. Aku nak raikan kehidupan di sini, menghargai setiap detik. 4 tahun satu tempoh yang panjang, macam macam aku berlaku, Semoga yang baik baik aje, Semoga aku sempat merasai diri ini bergraduasi. Ijazah yang bakal aku genggam ini bukan sekadar ijazah biasa kerana bagi aku seribu satu cerita pengalaman di dalamnya. Aku insyaAllah cuba bersedia dengan apa yang mendatang.
Aku nak kestabilan dunia akhirat. Paling penting, akhiratku. Aku hidup kerana Allah SWT. Aku gembira sangat sebab sekarang jarang dah ada perasaan negatif. Agaknya masa memula masuk tu memang homesick tahap serius sangat tu. Hehehe. Aku bersyukur kat sini kelengkapan cukup, rumah cantik/selesa, makan sedap sedap, pensyarah baik baik dan subjek yang aku minat. Aku ingat lagi aku memang citakan untuk masuk UPSI. Sampai masa form6 aku pernah saja saja lalu UPSI masa otw balik dari Selayang sebab berangan nak masuk UPSI.
Bila dapat ujian Medsi dan temu duga memang gembira sangat dan masa dapat keputusan UPSI aku menangis tak sangka dapat. Hehehe. Ini permulaan peralihan hidupku, dari seorang remaja ke seorang dewasa.
Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan :)

You can face it.. :)
ReplyDelete