Please help me by click here, thanks

Saturday, November 1, 2014

Tanjong, aku okay

Memetik kata-kata abang aku dalam sebuah bukunya; "aku suka ujan, aku suka bau pokok, rumput, lumpur dan tanah selepas hujan, bau-bau ini mengingatkan aku terhadap suasana kampung"



Ya, sini kerap kali hujan dan disertakan dengan keindahan gunung ganang. Betapa riangnya aku tiap kali menghirup udara pagi di sini kerana udara yang segar, bebas daripada pencemaran. Aku sedang meraikan kehidupan ini. Di sini, aku di suatu sudut. Tempat selesa kamarku, sambil mendengar lagu sedap daripada Lou Barlow. Ditemani kicauan burung, pokok yang sangat hijau dengan indahnya.


Sepi yang aku suka.


No comments:

Post a Comment