Please help me by click here, thanks

Wednesday, April 22, 2015

Sekitar hidupku kini.

Assalamualaikum!

Hati ni selalu mahu untuk menulis di sini tetapi entah la seakan ada kuasa melarang aku masuk menulis di sini. Banyak cerita, banyak momen aku mahu kongsi di sini.

Jadi, kali ini aku membuka komputer riba ku dan bertegas mahu menulis sesuatu di sini. Kerananya, aku sedang menunggu ETS (electric train station) pada jam 7 walhal aku sudah berada di sini dari jam 4 gara-gara kelas Falsafah Ilmu telah bantal. Ingatkan boleh tukar tiket amik ets awal sket tapi takleh sbb kurang dari 24 jam. Aku suka naik ets sebab dari sini ke rumah aku dalam sejam 11minit gituw dan keadaan yang selesa, insyaAllah selamat.

Ok mari kita membedah hidupku di sini, kini aku berada dalam sem2. Ya, penghujung sem 2. Assignment slow2 settle, LEGA. Aku tinggal di Kolej Zaaba salah satu kolej kediaman paling lama. Apa yang mahal di Tanjung Malim ini ialah naturenya. Jika aku ada kelas pagi aku sangat suka menyapa gunung, berbalas senyuman dengan gunung.

Oh betapa indah!

Saat yang paling best, bila tiada kelas petang dan hujan turun atau cuaca mendung serta ditemani oleh kicauan burung (ya ini kolejku!) satu momen yang sangat menenangkan. Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doa aku untuk menjadi salah seorang anak kandung suluh budiman. Bagi aku dan kawan kawan lain, setiap hari hidup kami menawarkan adventure nya. pasti ada sahaja perkara yang menghasilkan momen indah-pahit.

Berada di universiti pendidikan, mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih baik. Aku berfikir sendiri, aku perlu mendidik diri aku sebaiknya dahulu sebelum tangan ini mengajar dan mendidik anak bangsa. Ini kesedaran aku sendiri, aku perlu menjadi cantik (baca: cantik sifat budi pekerti, nilai murni) agar aku dapat mendidik anak bangsa dengan berkualiti. Tempoh 4 tahun ini mungkin akan memperlihatkan sisi diri aku yang pelbagai, daripada sem 1 yang kosong hingga sem8 yang penuh ilmu didada hendaknya. Suasana disini amat menenangkan. Percaya atau tidak, kolej kediamanku disini ibarat sebuah resort! Berlatar belakangkan gunung. tentunya, aku akan merindui Tanjung Malim kelak.


Aku dapat teka, berakhirnya kaki aku disini. Aku akan bilang : Upsi, kamu mengajar aku jatuh dan bangun. Pengalaman yang tidak ditawar di mana mana.

No comments:

Post a Comment