Rangga.
Aku punya Rangga aku sendiri. Seperti aku tersangat menyukai Cinta dan Rangga dalam Ada Apa dengan Cinta.
Aku menemui kita dalam mereka.
Pak Limbo bilang ketika di Kwitang, diawal buku lanjut ke malam minggu. Seperti mana kita jatuh cinta dengan karya kata masing-masing.
Kamu sangat menyenangkan. Cuti ini aku habiskan dengan kamu. Dari Tasik Cermin hingga ke Bukit Kledang. Menikmati setiap ketenangan yang ada, setiap alam yang perlu ditatap.
Pastinya, pasti aku akan rindu kamu. Tika kita masing menyatap alam dengan mata keseorangan, tiap itu kita mahu dua dua di sisi. Terima kasih untuk sajak sempena ulang tahun. Gi mana aku tidak jatuh sama kamu? Kamu terlalu menghargakan aku. Cumanya, kali ini aku lebih bersedia untuk kamu pergi, dan aku tahu suatu hari suatu masa kamu akan pergi.
Tetap pergi dari aku. Kerana sedari awal engkau bukan milikku.
Kamu akan pergi seperti Rangga meninggalkan Cinta.
No comments:
Post a Comment