Please help me by click here, thanks

Friday, December 18, 2015

Bag Saver Chair

Assalamualaikum pembaca semua!

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Bag Saver Chair! Mesti anda tertanya-tanya apakah Bag Saver Chair, untuk pengetahuan semua Bag Saver Chair ini merupakan projek inovasi yang dilakukan oleh saya dan rakan dalam menjayakan tugasan kami pada semester 3 ini bagi subjek Kreativiti dan Inovasi yang diajar oleh Dr Nurul Fadly.

Kami telah memilih idea ini setelah kami melihat masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar apabila mereka tidak mempunyai tempat untuk meletakkan beg mereka. Hal ini membuatkan mereka terpaksa meletakkan beg mereka di lantai atau atas meja. Jadi, kami mempunyai idea agar setiap kerusi yang ada perlu mempunyai ruang untuk menyimpan beg di belakangnya.

Berikut merupakan gambar Bag Saver Chair:


Berikut merupakan proses dalam menyiapkan Bag Saver Chair ini:









Kami menggunakan material kayu pallet kerana ia lebih kukuh dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Pelbagai jenis beg mampu diletakkan di ruang penyimpanan tersebut. Harga bagi sebuah kerusi ini ialah RM 95.00. Kami mengharapkan idea dan hasil inovasi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment